Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Taman Rekreasi Bukit Jalil
Taman Rekreasi Bukit Jalil terletak lebih kurang 5 km dari PPR Pinggiran Bukit Jalil. Ia terletak berhampiran dengan Bukit Jalil Golf Club di tepi Lebuhraya Sungai Besi Puchong. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pengunjung melakukan aktiviti rekreasi di sini seperti trek jalan kaki, litar refleksologi, mini gimnasium terbuka dan taman permainan kanak-kanak.
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil merupakan kompleks sukan yang terbesar di Malaysia dan menempatkan pelbagai kemudahan dan prasarana sukan bertaraf antarabangsa. Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil menempatkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Putra Bukit Jalil, Stadium Hoki Nasional, Pusat Akuatik Nasional, Pusat Squash Nasional dan Bukit Jalil Golf and Country Club. Selain itu, terdapat juga kemudahan pengangkutan awam seperti Bas Rapid KL dan LRT disediakan yang memudahkan pengunjung untuk datang ke sini.