Kisah Kejayaan
Rabithah Binti Alams
Rabithah Binti Alams adalah pelajar tingkatan 1 di SMK Bukit Jalil. Rabithah seorang yang pendiam, tetapi selalu tersenyum. Rabithah juga tidak malu untuk bertanya dan meminta bantuan daripada staf Pusat Internet ketika sedang mengulangkaji pelajaran. Rabithah menjadi ahli PI PPR Pinggiran Bukit Jalil semenjak Oktober 2016. Sejak menjadi ahli, Rabithah sering berkunjung ke PI. Dari datang hanya untuk menonton video dan melayari laman sosial, Rabithah akhirnya menggunakan kemudahan di PI untuk membuat ulangkaji dan juga menyiapkan kerja atau projek sekolah. Selain itu, Rabithah sering datang untuk kelas ICT yang dianjurkan di PI seperti kelas Microsoft Office, bengkel membuat poster dan bengkel mencipta video.
Rabithah juga menggalakkan adik-adik dan kawan-kawan beliau untuk datang ke PI bersama-sama untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kumpulan belajar. Dengan adanya kemudahan internet, bapa Rabithah telah menghadiahkan beliau sebuah tab untuk digunakan di PI supaya tidak perlu menunggu untuk melayari internet ketika semua komputer di PI sedang digunakan.
Berkat usaha dan kerajinan Rabithah, beliau berjaya meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran. Dan hasil dari tunjuk ajar Pengurus PI, beliau berjaya meningkatkan pencapaian dalam subjek Bahasa Inggeris dari sederhana menjadi sangat baik. Kedudukan beliau dalam kelas juga lebih baik berbanding penilaian di sekolah sebelum ini.
Harapan kami di PI PPR Pinggiran Bukit Jalil supaya Rabithah terus menunjukkan prestasi yang cemerlang serta fokus dalam menuntut ilmu sehingga menjadi seorang yang berjaya dan dapat membantu ibu bapa serta mengecap cita-cita yang diimpikan untuk menjadi seorang pegawai polis satu hari nanti. Semoga berjaya Rabithah!