Program Lestari ICT Bersama Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil
19 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Lestari ICT diadakan bertujuan untuk membantu komuniti melestarikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai pusat ICT. Disamping itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim PEDi dengan komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil. Selain itu, dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti asas komputer beserta video animasi, poster kreatif ‘Happy New Year’ (Canva) dan Klik Dengan Bijak (Permainan atas talian).
Antara kebaikan aktiviti ini ialah:
- Memperkenalkan ICT serta meningkatkan kemahiran ICT kepada kanak-kanak
- Membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif dengan penggunaan ICT
- Membantu kanak-kanak melaksanakan tugasan pembelajaran
- Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: