Program Advokasi LPPKN Kafeteen dan PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil (Siri 2,2022) secara Atas Talian melalui Google Meet
27 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mac 2022, telah diadakan Program Advokasi LPPKN Kafeteen dan PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil melalui Google Meet bagi Siri 2, Tahun 2022. Umumnya, Kafeteen merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat dan di bawah seliaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara yang menyasarkan penyertaan golongan remaja berumur 13 tahun- 24 tahun dari seluruh negara. Program ini ialah lebih kepada memberi pendedahan kepada remaja berkaitan kes pengguguran, pembuangan bayi dan rogol yang berlaku secara berleluasa di Malaysia. Selain itu, program ini juga secara keseluruhannya dapat meberi kesedaran kepada remaja bahawa kes pembuangan bayi diklasifikasikan sebagai kes bunuh (Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati) atau percubaan membunuh (Seksyen 307 yang membawa penjara maksimum 20 tahun). Pengisian bermanfaat ini diberikan oleh wakil dari Pusat Remaja Kafeteen KL, Encik Danial Haikal dan Encik Aiman Arsyad. Seramai 4 orang remaja telah menghadiri sesi kali ini, di mana 2 daripadanya datang ke PEDi bagi menghadiri program ini secara atas talian. Selebihnya menghadiri program ini secara terus daripada kediaman mereka
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: