Program Advokasi LPPKN Kafeteen dan PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil (Siri 1,2022) secara Atas Talian melalui Google Meet
1 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 31Januari 2022, telah diadakan Program Advokasi LPPKN Kafeteen dan PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil melalui Google Meet. Kafeteen merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat dan di bawah seliaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara yang menyasarkan penyertaan golongan remaja berumur 13 tahun- 24 tahun dari seluruh negara. Program ini memberi pendedahan kepada komuniti remaja di PPR Pinggiran Bukit Jalil dalam menangani pelbagai aspek kehidupan yang kian mencabar seiring dengan pembangunan negara dan teknologi masa kini. Pengisian bermanfaat ini diberikan oleh wakil dari Pusat Remaja Kafeteen KL, Puan Nor Shida dan wakil remaja, Encik Danial Haikal. Seramai 12 orang remaja telah menghadiri sesi kali ini, di mana 2 daripadanya datang ke PEDi untuk menggunakan perkhidmata atas talian yang disediakan di PEDi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: