Tutorial Canva - Menghasilkan Peta Minda & Logo
29 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Pinggiran Bukit Jalil telah menjalankan latihan tutorial menghasilkan peta minda dan logo secara digital kepada peserta yang berkunjung ke PEDi. Latihan kali ini dilaksanakan menggunakan platform dalam talian iaitu menerusi aplikasi atau laman portal Canva. Tutorial ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta menghasilkan rekaan peta minda bagi melengkapkan tugasan pelajaran di sekolah. Di samping itu, latihan ini dapat memberi pendedahan baru kepada peserta tentang teknologi dan aplikasi terkini yang boleh diaplikasikan untuk membina kreativiti daripada penghasilan rekaan grafik seperti peta minda dan logo yang menarik.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah:
- Memperoleh pengetahuan baru tentang teknologi dan aplikasi digital terkini yang memfokuskan kepada rekaan grafik
- Mengasah bakat peserta untuk menjadi lebih kreatif di dalam penghasilan rekaan grafik berbentuk peta minda dan penciptaan logo profil
- Berpeluang mempelajari teknik penggunaan aplikasi Canva untuk menyunting imej dan memuat turun hasil kerja bagi peta minda dan logo digital yang telah siap dibuat
- Meningkatkan kemahiran teknologi ICT melalui penggunaan aplikasi di dalam talian
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: