Program Advokasi LPPKN Kafeteen dan PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil (Siri 3,2022 & Siri 4,2022) secara Atas Talian melalui Google Meet
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2022 dan 24 April 2022, telah diadakan Program Advokasi LPPKN Kafeteen dan PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil melalui Google Meet bagi Siri 3 dan Siri 4, Tahun 2022. Wakil daripada Kafeteen WP Kuala Lumpur, Encik Danial dan Encik Arsyad telah berkongsi maklumat mengenai Penyakit Jangkitan Seksual & HIV dan Kemahiran Teknik Penangguhan & Penolakan kepada peserta yang terdiri daripada golongan remaja berumur 13 tahun – 24 tahun. Antara contoh penyakit jangkitan sosial ialah ketuat kelamin, herpes genital, klamidia, HIV dan sebagainya. Wakil Kafeteen juga menyampaikan beberapa teknik penangguhan dan penolakan supaya tidak terjerumus kepada kegiatan seksual. Selain itu, remaja juga perlu tahu kesan dan akibat hubungan seks sekiranya belum bersedia. Pada Siri 4 yang juga merupakan siri terakhir bagi Program Advokasi LPPKN Kafeteen, kerjasama PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil telah diadakan sesi soaljawab. Pengisian bermanfaat ini diberikan oleh wakil dari Pusat Remaja Kafeteen KL, Encik Danial Haikal dan Encik Aiman Arsyad. Seramai 7 orang remaja telah menghadiri sesi pada kali ini secara atas talian
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: