Program Pendidikan bersama “Super Powers Unite” dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Pinggiran Bukit Jalil
9 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Pendidikan bersama “Super Powers Unite” dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Pinggiran Bukit Jalil ini dibuat adalah untuk membantu generasi akan datang dalam pembelajaran. Program ini adalah berasaskan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan STEM (Science Technology Engineering and Mathematic) untuk membantu dan menarik minat pelajar untuk belajar. Ibu bapa juga hadir bersama anak-anak mereka untuk menjalankan Penilaian Kecerdasan Anak. Seramai 14 orang murid Tahun 1 – Tahun 6 dan 12 orang Ibubapa yang hadir terdiri daripada komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil. Program ini dijalankan selama 1 hari dan telah dibahagikan kepada 5 sesi iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Setiap sesi yang dijalankan adalah terhad kepada 5 keluarga sahaja. Ini adalah kerana tempat yang agak sempit dan juga untuk memberi keselesaan kepada para peserta dan penganjur. Setiap kehadiran akan layak untuk menebus sijil penyertaan dan buku cerita
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: