Lawatan Kerja ke PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil bagi Potensi Penyediaan Perkhidmatan PUDO (Rangkaian PAKEJ) oleh Pihak J&T Express
2 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniLawatan kerja dari pihak J&T Express ke PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil telah diadakan pada 1 Jun 2022 bagi potensi penyediaan perkhidmatan Pick Up Drop Off (PUDO) (Rangkaian PAKEJ). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti dan mendapatkan maklumat tentang populasi penduduk di PPR Pinggiran Bukit Jalil bagi tujuan penyediaan perhidmatan PUDO. Lawatan ini telah dihadiri oleh wakil daripada J&T Express, wakil daripada MCMC, wakil daripada Maxis dan wakil daripada Nera. Sekiranya perkhidmatan PUDO ini berjaya dibuat di PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil, pihak J&T Express akan mengadakan sesi pertemuan sekali lagi dengan staf PEDi Bukit Jalil bagi membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan proses kerja PUDO, cas perkhidmatan PUDO, sistem PUDO dan sebagainya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: