Kelas Tutorial Tesco Online (via Streamyard)
27 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Pinggiran Bukit Jalil semakin giat menjalankan latihan ICT dan juga aktiviti secara atas talian. Pada 26 Disember 2021, PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil telah mengadakan satu kelas tutorial menerusi Streamyard bagi berkongsi cara bagaimana untuk menggunakan Tesco Online, iaitu sebuah platform pembelian barangan yang terdapat di pasaraya Tesco secara atas talian. Sesi tutorial kali ini telah disertai oleh beberapa orang peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Para peserta diajar asas-asas dalam menggunakan aplikasi Tesco Online seperti cara membuat akaun, memilih kategori barangan, mengubah kuantiti timbangan serta mengesahkan pembelian untuk penghantaran ke rumah.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Penggunaan Tesco Online dapat memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan secara atas talian
- Peserta dapat mengasah kemahiran ICT terutamanya dalam mengendalikan platform e-dagang seperti Tesco Online
- Pembelian secara atas talian secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kerana pengguna tidak perlu bersesak untuk membeli barang keperluan di pasaraya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: