Hari Pendaftaran Perniagaan SSM
5 April 2021 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komuniti dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan Hari Pendaftaran Perniagaan SSM Bagi Usahawan Pusat Internet Komuniti bertempat di PIK PPR Pinggiran Bukit Jalil pada 4 April 2021. PIK PPR Pinggiran Bukit Jalil sangat berbesar hati menerima kunjungan dari En Ezarul Ezwan beserta dua orang lagi wakil dari SSM yang sangat komited membantu komuniti penduduk di sini bagi urusan pendaftaran perniagaan. Program yang berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang ini juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari komuniti penduduk yang terdiri daripada peniaga-peniaga kecil yang ingin mula mendaftarkan perniagaan dan mendapatkan informasi mengenai SSM. Seramai 24 orang peserta berjaya mendaftarkan perniagaan mereka dengan menghadiri sesi hari pendaftaran perniagaan yang julung kali diadakan di PIK. Diharapkan program yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi di PIK PPR Pinggiran Bukit Jalil pada masa akan datang.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Peniaga kecil dapat memperolehi maklumat yang tepat mengenai pendaftaran perniagaan dari pegawai SSM yang hadir
- Peserta dapat membuat pendaftaran perniagaan dengan mudah tanpa perlu menghadirkan diri ke SSM.
- Peserta dapat bertanya tentang sebarang kemusykilan mengenai perkara yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan.
- Membantu dan menggalakkan para peniaga kecil di komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil untuk memulakan perniagaan dan mendaftar perniagaan mereka di SSM dengan mudah
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: