Sesi Penerangan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
8 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komuniti dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan Sesi Penerangan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bagi Pusat Internet Komuniti Wilayah (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan) secara atas talian. Program ini melibatkan Pengurus & Penolong Pengurus bagi PIK Wilayah. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan kepada petugas PIK mengenai skim pendaftaran perniagaan yang ditawarkan oleh SSM khusus untuk golongan B40 dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Wakil pihak SSM yang memberi penerangan ialah Pn Siti Maryam Mustapha dan En Ruhalmusdi Hanafi. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah SKMM Wilayah Persekutuan Tn Rizal Abd Malek, Timbalan Pengarah SKMM Wilayah Persekutuan Tn Katirawaan Rajadran dan Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Komuniti SKMM En Muhammad Mahfuz Fahmi Mahayuddin.
Berikut merupakan antara perkara yang diterangkan oleh pihak SSM dalam program dua jam ini:
1. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
2. Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
3. Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
4. Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
5. Kelebihan SSM Biztrust
6. Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online
7. Q&A
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Petugas PIK dapat memperolehi maklumat yang tepat mengenai pendaftaran SPPP dari pegawai SSM
- Dapat membantu usahawan kecil dalam membuat pendaftaran perniagaan dengan mudah tanpa perlu menghadirkan diri ke SSM.
- Petugas PIK dapat bertanya tentang sebarang kemusykilan mengenai perkara berkaitan dengan skim SPPP
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: