Pembukaan Semula PIK & Pelanjutan Tempoh Operasi
9 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniUntuk makluman semua, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil akan kembali beroperasi semula pada 8 Januari 2021 setelah hampir 3 bulan dihentikan operasi buat sementara waktu disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan oleh pihak Kerajaan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.
Dengan pembukaan semula Pusat Internet Komuniti, kami turut membawa berita baik buat semua terutama komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil. Selaras dengan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan B40 terutamanya para pelajar yang mempunyai kesukaran mendapatkan akses internet, bermula 8 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil akan melanjutkan waktu operasi dari jam 9:00 pagi hingga 9:00 malam (Isnin hingga Jumaat), manakala waktu operasi pada Sabtu dan Ahad kekal seperti biasa.
Para pengunjung diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang berada di dalam Pusat Internet Komuniti seperti :
- Merekodkan suhu badan
- Merekod butiran peribadi menggunakan aplikasi MySejahtera / Buku Log
- Memakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman
- Memastikan tiada gejala demam, batuk dan selsema
- Mengamalkan penjarakan fizikal sekurang -kurangnya 1 meter
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: