Sembang Santai - Cabaran Pelaksanaan PdPR (via Streamyard)
28 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniBagi menyokong usaha kerajaan dalam pelaksanaan mod Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil telah mengadakan satu sesi sembang santai pada 27 Januari 2021. Sesi sembang santai ini dijalankan secara atas talian menerusi Streamyard dan Facebook bagi mengupas isu PdPR yang semakin hangat diperkatakan oleh ramai pihak. Mod PdPR digunakan bagi menggantikan mod pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berikutan dengan penutupan institusi pendidikan berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan. Pihak PIK PPR Pinggiran Bukit Jalil berbesar hati menerima tetamu jemputan, Ustazah Fitri bagi membincangkan topik ini. Beliau merupakan salah seorang guru KAFA yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan PdPR pada ketika ini. Dalam sesi wawancara video secara langsung ini, kami mendapatkan pandangan serta pelbagai perkongsian yang bermanfat dari Ustazah Fitri. Antara isu yang diketengahkan ialah teknik perkongsian tugasan pelajar, persepsi pelajar dan ibu bapa terhadap PdPR dan juga cabaran serta kekangan yang dihadapi oleh pihak-pihak terlibat dalam menjayakan sesi PdPR.
Dengan perkongsian tentang isu-isu yang diketengahkan, kami dari PIK PPR Pinggiran Bukit Jalil berharap bahawa ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua. Selain itu, kami mengalu-alukan kedatangan para pelajar mahupun guru-guru yang ingin menggunakan fasiliti serta perkhidmatan yang terdapat di PIK PPR Pinggiran Bukit Jalil bagi membantu dalam proses pelaksanaan PdPR.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Perkongsian idea mengenai teknik pengajaran serta cara mengendalikan kelas atas talian kepada para guru
- Mengupas isu semasa dalam dunia pendidikan supaya semua pihak cakna dengan perkembangan dunia pendidikan terutama dalam situasi pandemik Covid-19
- Hasil perbincangan dan perkongsian dapat mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi cabaran serta kekangan dalam menjayakan PdPR
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: