Minggu MPKAFA@PEDi PPR Pinggiran Bukit Jalil
27 November 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Pinggiran Bukit Jalil telah dikunjungi oleh Ustazah Fitri, tenaga pengajar Kafa Al-Jannah PPR Pinggiran Bukit Jalil bagi mengadakan sesi Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA) untuk para pelajar tahun 5. Penilaian ini diadakan secara atas talian bagi menggantikan peperiksaan bersemuka UPKK. Seperti yang kita ketahui, selain digunakan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, aplikasi tele-sidang seperti Google Meet juga digunakan untuk menjalankan peperiksaan secara atas talian.
Kekangan dari segi capaian internet dan juga peranti menyebabkan Ustazah Fitri datang ke PEDi untuk menggunakan fasiliti yang terdapat di sini. Staf PEDi membantu beliau dengan menyusun atur peralatan dan memastikan kamera web serta mikrofon berfungsi supaya sesi penilaian dapat dijalankan dengan lancar. Staf PEDi juga menunjukkan cara untuk mengubahsuai gambar latar belakang video kepada imej-imej yang disediakan bagi kelihatan menarik Selain itu, Ustazah Fitri juga diberikan panduan tentang cara untuk berkongsi skrin (share screen) dengan pelajar yang menyertai sesi penilaian di Google Meet supaya dapat berkongsi soalan-soalan ujian dengan para pelajar. Dengan menggunakan kemudahan internet dan komputer yang terdapat di PEDi, Ustazah Fitri dapat menjalankan sesi MPKAFA dengan lebih lancar dan mudah.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Tenaga pengajar dapat mengendalikan sesi MPKAFA dengan lancar menggunakan fasiliti yang terdapat di PEDi
- Tenaga pengajar dapat mempelajari cara untuk berkongsi bahan bantu mengajar semasa kelas atas talian sedang dijalankan dengan menggunakan fungsi share screen
- Ilmu dan kemahiran yang dikongsi dalam kelas ini dapat dimanfaatkan dan disebarkan kepada orang lain
- Mengasah kemahiran ICT terutamanya cara-cara untuk mengendalikan aplikasi tele-sidang seperti Google Meet
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: