Sesi Taklimat SPPP Bersama Usahawan PIK
28 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komuniti dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan Sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bagi usahawan-usahawan kecil di bawah Pusat Internet Komuniti secara atas talian. Program kali ini lebih memfokuskan kepada usahawan dan melibatkan penyertaan usahawan-usahawan PIK bagi menjawab segala persoalan mengenai pendaftaran perniagaan di SSM. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan kepada usahawan PIK mengenai skim pendaftaran perniagaan yang ditawarkan oleh SSM khusus untuk golongan B40 serta pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara
Wakil pihak SSM yang memberikan penerangan ialah Puan Azihan Ahmad dan En Zaim Hamdan sebagai moderator. Program ini diadakan bermula pada 10.00 pagi hingga 11.30 pagi menerusi Microsoft Team. Dengan menyertai sesi taklimat ini dapat memudahkan usahawan-usahawan PIK untuk mendapatkan bantuan dalam segala urusan berkaitan SSM seperti pendaftaran perniagaan, penambahan jenis perniagaan, pembaharuan lesen perniagaan dan penamatan lesen perniagaan yang disediakan di EzBiz.
Berikut merupakan antara perkara yang diterangkan oleh pihak SSM dalam program dua jam ini:
1. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
2. Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
3. Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
4. Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
5. Kelebihan SSM Biztrust
6. Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online
7. Q&A
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Usahawan PIK dapat memperolehi maklumat yang tepat mengenai pendaftaran SPPP dari pegawai SSM
- Dapat membantu usahawan kecil dalam membuat pendaftaran perniagaan dengan mudah tanpa perlu menghadirkan diri ke SSM
- Usahawan PIK dapat bertanya sebarang kemusykilan mengenai SPPP dalam sesi soal jawab serta menyertai platform Telegram yang disediakan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: