Tutorial Panduan Mengisi Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (via Streamyard)
24 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil telah menjalankan aktiviti secara atas talian bagi komuniti setempat yang memerlukan latihan dan bimbingan ICT. Pada sesi kali ini, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil bersiaran secara langsung menerusi Streamyard dan Facebook bagi berkongsi cara untuk mengisi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 secara atas talian. Permohonan BPR secara atas talian ini boleh dibuat bermula dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021. Seperti yang kita ketahui, dalam keadaan pandemik ketika ini, kebanyakan permohonan dibuat secara atas talian. Kelas ini diadakan bertujuan bagi memudahkan orang ramai untuk mengisi borang BPR dengan menerangkan langkah-langkah mengisi permohonan secara terperinci. Kelas secara atas talian ini telah dihadiri oleh beberapa orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Dengan mempelajari langkah-langkah untuk mengisi borang permohonan BPR secara atas talian, peserta boleh mengisi borang permohonan sendiri dan dapat mengelakkan dari berkongsi data maklumat peribadi dengan pihak lain. Selain itu, peserta juga boleh mempelajari cara untuk memuatnaik dokumen dan mengemaskini permohonan sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Peserta dapat mengisi sendiri borang secara atas talian tanpa berkongsi maklumat peribadi dengan individu lain
- Peserta dapat mempelajari cara untuk memuatnaik dokumen ke dalam permohonan atas talian
- Ilmu dan kemahiran yang dikongsi dalam kelas tutorial dapat dimanfaatkan dan disebarkan kepada orang lain
- Peserta dapat mengasah kemahiran ICT terutamanya cara-cara untuk mengisi borang permohonan secara atas talian
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: