Kelas Asas Google Meet Sesi PdPR (Individu)
19 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil telah dikunjungi oleh Cik Fitri, guru sekolah agama yang ingin mempelajari cara untuk menggunakan dan mengendalikan Google Meet bagi mengadakan sesi PdPR bersama para pelajarnya. Seperti yang kita ketahui, guru-guru boleh menggunakan aplikasi tele-sidang seperti Google Meet untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa perlu bersemuka. Kekangan dari segi capaian internet dan juga peranti menyebabkan Cik Fitri telah datang ke PIK untuk menggunakan fasiliti yang terdapat di sini. Staf PIK membimbing beliau dengan memperkenalkannya kepada komponen-komponen asas dalam Google Meet.
Cik Fitri diberikan panduan untuk mencipta perjumpaan baru (create new meeting) di Google Meet dan memastikan kamera web serta mikrofon berfungsi supaya sesi PdPR dapat dijalankan dengan lancar. Staf PIK juga menunjukkan cara untuk menukar gambar latar belakang video kepada imej-imej yang disediakan bagi menarik minat para pelajar. Selain itu, Cik Fitri juga diberikan panduan tentang cara untuk berkongsi skrin (share screen) dengan mereka yang menyertai kelas di Google Meet supaya dapat berkongsi bahan bantu mengajar seperti slaid, video dan nota dengan para pelajar. Dengan menggunakan kemudahan internet dan komputer yang terdapat di PIK, Cik Fitri dapat menjalankan sesi PdPR dengan lebih mudah dan dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan kepada para pelajar seperti dalam kelas-kelas fizikal di sekolah sebelum ini.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Peserta dapat mengendalikan sesi PdPR dengan para pelajar dengan menggunakan Google Meet
- Peserta dapat mempelajari cara untuk berkongsi bahan bantu mengajar semasa kelas atas talian sedang dijalankan dengan menggunakan fungsi share screen
- Ilmu dan kemahiran yang dikongsi dalam kelas ini dapat dimanfaatkan dan disebarkan kepada orang lain
- Peserta dapat mengasah kemahiran ICT terutamanya cara-cara untuk mengendalikan aplikasi tele-sidang seperti Google Meet
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: