Kelas Asas Microsoft Word (Individu)
19 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word atas permintaan seorang penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil yang ingin mempelajari asas perisian ini. Puan Siti, salah seorang penduduk yang merupakan peniaga yang memiliki perniagaan rempeyek telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti untuk mempelajari kemahiran komputer. Bagi membuat pinjaman perniagaan, Puan Siti perlu menyediakan profil syarikat yang lengkap dengan menggunakan Microsoft Word. Staf PIK telah memberi bimbingan kepada Puan Siti dan menerangkan kepadanya mengenai fungsi-fungsi asas yang terdapat pada perisian Microsoft Word. Sebelum ini Puan Siti tidak pernah menggunakan perisian Microsoft Word dan setelah diberikan sedikit bimbingan serta tunjuk ajar, beliau mula menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengendalikan perisian tersebut. Puan Siti dapat membuat pelbagai dokumen yang diperlukan untuk urusan perniagaannya. Selain dari mempelajari perisian Microsoft Word, staf PIK juga turut memberi panduan penggunaan internet secara berhemah kepada Puan Siti supaya dapat dipraktikkan dan dikongsikan dengan orang lain.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Memberikan peserta pengetahuan mengenai kemahiran asas penggunaan komputer
- Peserta dapat memahami asas penggunaan Microsoft Word secara terperinci
- Peserta berpeluang mengendalikan Microsoft Word dan memahami setiap fungsi yang terdapat padanya
- Peserta dapat mengasah kemahiran ICT terutamanya dalam Microsoft Word dan dapat digunakan bagi membuat dokumen yang melibatkan perniagaannya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: