Kelas Asas Menggunakan Google Classroom (Individu)
19 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil telah dikunjungi oleh Natrah, seorang pelajar sekolah rendah yang ingin mempelajari cara untuk menggunakan dan mengendalikan Google Classroom. Seperti yang kita ketahui, dalam keadaan pandemik ketika ini, sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan secara atas talian. Kekangan dari segi capaian internet dan juga peranti menyebabkan pelajar ini datang ke Pusat Internet Komuniti untuk menggunakan fasiliti yang terdapat di sini. Natrah dibimbing oleh staf PIK untuk mula menggunakan Google Classroom dengan mendaftar masuk melalui e-mel yang diberikan oleh pihak sekolah. Seterusnya, staf PIK menerangkan kepadanya mengenai fungsi-fungsi yang terdapat pada Google Classroom supaya Natrah dapat lebih memahami cara mengendalikannya. Sebelum menggunakan kemudahan di PIK, Natrah dibantu oleh ibunya untuk membuat tugasan yang diberikan oleh guru menggunakan telefon pintar tetapi sangat terhad kerana terdapat beberapa tugasan diberikan oleh guru tidak dapat disokong oleh peranti telefon pintar. Tetapi, setelah mendapat galakan untuk datang ke PIK bagi menyelesaikan tugasan PdPR, Natrah dapat menggunakan kemudahan internet dan komputer dengan baik. Dengan menggunakan kemudahan internet dan komputer yang terdapat di PIK, Natrah dapat mempelajari langkah-langkah untuk mengendalikan Google Classroom dan menjalani sesi PdPR dengan lebih mudah.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Pelajar dapat mengendalikan sendiri akaun Google Classroom untuk tujuan menyelesaikan tugasan PdPR
- Peserta dapat mempelajari cara untuk memuatnaik lampiran atau dokumen ke dalam tugasan yang diberikan
- Ilmu dan kemahiran yang dikongsi dalam kelas ini dapat dimanfaatkan dan disebarkan kepada orang lain
- Pelajar dapat mengasah kemahiran ICT terutamanya cara-cara untuk mengendalikan sistem pengurusan pembelajaran atas talian seperti Google Classroom
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: