Kelas Tutorial PDF Mudah (Secara Atas Talian)
11 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniBerikutan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang sudah memasuki minggu kedua, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil giat menjalankan aktiviti serta kelas secara atas talian bagi memastikan komuniti setempat sentiasa mendapat peluang meningkatkan kemahiran ICT. Pada kali ini, PIK PPR Pinggiran Bukit Jalil telah mengadakan sesi Kelas Tutorial PDF Mudah secara atas talian di Facebook. Kelas tutorial ini diadakan bagi berkongsi kepada orang ramai tentang fungsi export, combine dan split yang sering digunakan untuk memudahkan sesuatu tugasan menggunakan dokumen dalam format PDF. Sesi kelas pada kali ini telah dihadiri oleh beberapa orang peserta yang terdiri daripada penduduk komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil.
Staf PIK memulakan kelas tutorial ini dengan berkongsi cara untuk menukarkan dokumen (Word, Excel, PowerPoint) kepada format PDF dengan menggunakan fungsi Export. Seterusnya, para peserta juga diberikan bimbingan untuk mempelajari cara menggabungkan dan memisahkan dokumen PDF menggunakan aplikasi web percuma seperti ILovePDF.com. Dengan menggunakan fungsi-fungsi seperti ini, tugasan yang melibatkan dokumen PDF dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat. Diharapkan dengan perkongsian pada kali ini dpaat memberi manfaat kepada masyarakat dan meningkatkan lagi tahap kemahiran ICT.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Peserta dapat mempelajari cara menggunakan fungsi Export, Combine dan Split dalam dokumen PDF
- Peserta dapat mengasah kemahiran ICT terutamanya cara-cara untuk mengubah dan menyunting dokumen dengan format PDF
- Ilmu dan kemahiran yang dikongsi dalam kelas ini dapat dimanfaatkan dan disebarkan kepada orang lain
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: