Kelas Asas Mengenali Komputer (Individu)
11 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil telah dikunjungi oleh Adik Masyitah, seorang pelajar sekolah menengah yang ingin mempelajari cara untuk menggunakan dan mengendalikan komputer. Adik Masyitah merupakan pelajar tingkatan 1 pada tahun ini dan masih lagi menjalani PdPR sehingga bulan April. Sebelum ini, dia terpaksa menggunakan telefon pintar milik ibunya untuk membuat sebarang tugasan yang diberikan oleh guru melalui pelbagai medium atas talian. Keluasan skrin yang terbatas dan kadangkala terdapat perisian yang tidak disokong oleh telefon pintar membuatkan Adik Masyitah berasa agak sukar untuk menjalankan PdPR di rumah. Dia telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti untuk meminta staf PIK memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan komputer dan perisian yang terdapat di dalamnya. Staf PIK menerangkan fungsi-fungsi yang terdapat dalam sesebuah komputer serta memberikan bimbingan dalam menggunakan perisian asas seperti Microsoft Office dan juga internet. Adik Masyitah yang sebelum ini tidak mahir menggunakan komputer telah mempelajari asas penggunaan komputer yang betul dan juga dapat membuat tugasan sekolah dengan lebih mudah.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Memberikan peserta pengetahuan mengenai kemahiran asas penggunaan komputer
- Mendedahkan peserta terhadap fungsi-fungsi yang terdapat pada sesebuah komputer
- Memberikan pendedahan kepada peserta terhadap perisian-perisian asas yang sering digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan tugasan
- Peserta dapat mengasah kemahiran ICT dan dapat digunakan bagi menyelesaikan tugasan sekolah pada masa akan datang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: