Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
9 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil telah mengadakan kelas asas ICT bagi mempelajari penggunaan Microsoft Word .Bagi mematuhi garis panduan Covid-19, penyertaan dihadkan kepada 5 orang sahaja bagi setiap kelas. 5 orang peserta yang menghadiri kelas ini terdiri daripada seorang pelajar sekolah menengah dan 4 orang pelajar sekolah rendah.
Pada sesi ini, peserta diperkenalkan dengan asas Microsoft Word bermula dengan cara membuka perisian tersebut. Selain itu, peserta didedahkan dengan penggunaan font, alignment dan spacing dan diberikan latihan insentif dengan membuat karangan pendek. Pada akhir sesi, peserta diajar cara untuk menyimpan dokumen Microsoft Word setelah menyelesaikan tugasan.
Tujuan aktiviti :
- Peserta dapat memahami asas dalam mengendalikan Microsoft Word
- Peserta berpeluang mengendalikan Microsoft Word dan memahami setiap fungsi yang terdapat padanya
- Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word bagi tujuan pembelajaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: