Kelas Tutorial Menggunakan Kahoot! (via Streamyard)
24 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniBerikutan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan mulai dari 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020, kebanyakan dari pelajar dan guru-guru perlu menjalankan kelas secara atas talian bagi melaksanakan proses PnP. Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil telah mengadakan satu kelas tutorial menerusi Streamyard bagi mempelajari cara menggunakan salah satu platform pembelajaran secara atas talian iaitu Kahoot!. Kahoot! merupakan platform pembelajaran berasaskan permainan (game-based) yang memberikan peluang untuk guru-guru mencipta kuiz sendiri dan berkongsi kuiz tersebut dengan para pelajar. Seramai empat orang peserta yang telah menyertai sesi pada kali ini.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Peserta didedahkan dengan platform Kahoot! bermula dari cara mendaftar akaun sehingga cara untuk berkongsi kuiz yang telah dihasilkan
- Guru dapat mencipta kuiz secara atas talian dengan mudah dan dapat melihat perkembangan para pelajar menerusi Kahoot!
- Peserta dapat mengasah kemahiran ICT terutamanya dalam mengendalikan platform pembelajaran berasaskan permainan seperti Kahoot!
- Kemahiran mengendalikan Kahoot dapat membantu para guru untuk menyampaikan ilmu secara interaktif dan menyeronokkan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: