Kelas Tutorial Membuat Akaun Gmail (via Streamyard)
23 November 2020 | Aktiviti TerkiniBerikutan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga bulan Disember, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil masih menjalankan aktiviti secara atas talian bagi komuniti setempat yang memerlukan latihan dan bimbingan ICT. Pada sesi kali ini, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil telah mengadakan satu kelas tutorial menerusi Streamyard bagi mempelajari cara untuk menghasilkan akaun Gmail dan menguruskan akaun tersebut.
Gmail yang datang dari singkatan Google Mail merupakan perkhidmatan emel percuma yang dibangunkan oleh Google. Kelas secara atas talian ini telah dihadiri oleh beberapa orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Dengan mempelajari langkah-langkah untuk menghasilkan akaun Gmail, peserta dapat mengetahui fungsi-fungsi yang terdapat pada Gmail seperti peti masuk (inbox), peti keluar (outbox) dan draf. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara untuk menulis emel mengikut tatacara yang betul dan menyertakan lampiran yang sepatutnya.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Peserta didedahkan dengan kepentingan pengunaan Gmail pada era teknologi kini.
- Peserta dapat mempelajari fungsi asas yang terdapat pada Gmail supaya lebih mudah untuk menguruskan akaun emel peribadi masing-masing
- Ilmu dan kemahiran yang dikongsi dalam kelas tutorial dapat dimanfaatkan dan disebarkan kepada orang lain.
- Peserta dapat mengasah kemahiran ICT terutamanya dalam menggunakan Gmail dan penulisan emel mengikut tatacara yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: