Kursus Train The Trainer (TTT) – Basic Shopee Seller
11 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 10 November 2020, staf Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil berpeluang mengikuti Kursus Train The Trainer (TTT) : Basic Shopee Seller yang diadakan secara telesidang bagi memberi panduan dan meningkatkan kemahiran staf PIK dalam mengendalikan aplikasi Shopee. Kursus “Basic Shopee Seller” ini melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus PIK di seluruh Malaysia dan dijalankan secara berperingkat. Dua orang Pengurus PIK telah terpilih untuk menjadi trainer bagi mengendalikan kursus pada kali ini iaitu Cik Nurul Elani Binti Rashid (Pengurus PIK Sungai Limau Dalam) dan Cik Juhaida Binti Makhtar (Pengurus PIK Kampung Titi Teras).
Pengurus dan Penolong Pengurus masing-masing diberikan modul sebagai panduan bagi mengetahui cara bagaimana untuk mula menjual di Shopee. Kursus ini diadakan bertujuan memberi panduan kepada staf PIK bagi mengendalikan dan menguruskan perniagaan secara atas talian di Shopee. Antara topik yang dibincangkan ialah penyediaan kedai, pemasaran produk, penerimaan pesanan dan kaedah penghantaran. Menerusi kursus ini staf PIK diberikan pendedahan terhadap pengunaan aplikasi Shopee bagi tujuan untuk menjual barangan supaya dapat berkongsi ilmu serta kemahiran dengan komuniti setempat. Selain itu, dengan menguasai kemahiran sebagai penjual di Shopee, staf PIK juga dapat membantu memasarkan dan menjual produk usahawan tempatan secara lebih meluas.
Antara kelebihan kursus ini ialah :
- Mendedahkan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan di Shopee seperti persediaan kedai, cara memasarkan produk, cara menghantar pesanan dan menguruskan kewangan.
- Dapat berkongsi ilmu dan kemahiran menggunakan aplikasi Shopee kepada komuniti setempat
- Mempromosikan penggunaan platform Shopee sebagai medium perniagaan secara atas talian dan menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat untuk menceburkan diri dalam sektor e-dagang bagi menjana pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: