Keusahawanan : Kelas Membuat Puding 3D bersama Jabatan Pembangunan Wanita,Persatuan Penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil
19 February 2020 | Aktiviti TerkiniTujuan kelas ini diadakan adalah bagi menggalakkan kaum wanita yang tidak bekerja mahupun yang bekerja di dalam komuniti di sini mendalami ilmu kreatif dalam pembuatan puding, roti mahupun kek yang boleh dijadikan sumber pendapatan tetap ataupun sampingan merekaAntara kebaikan yang diperolehi dari kelas ini oleh peserta ialah:
- Membantu usahawan kecil yang terlibat dalam perniagaan kuih roti mahupun kek menjana lebih pendapatan
- Mempeajari teknik membuat lukisan 3D di atas puding ataupun kek yang dapat membantu menambah kemahiran kreatif dalam pembuatan kek mahupun puding agar ianya lenih menarik
- Mempelajari alatan yang digunakan untuk menghasilkan idea kreatif untuk diaplikasi dalam makanan seperti roti dan kek
Kelas ini merupakan kelas anjuran Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita melalui program “Kembara Lavendar” yang memberi pendedahan terhadap industry kreatif pembuatan kek, roti, puding mahupun kuih muih lain. Untuk PPR Pinggiran Bukit Jalil kelas yang diadakan adalah Kelas Membuat 3D Puding. Pihak Pusat Internet juga berkerjasama dengan Persatuan Penduduk untuk mengenalpasti usahawan kecil sama ada melalui Pusat Internet mahupun persendirian untuk menyertai kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: