eKelas by Maxis – Live Tutorial Matematik (UPSR)
4 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniProgram eKelas merupakan salah satu “Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh pihak Maxis. Pihak Maxis memilih untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka kepada komuniti melalui pusat-pusat internet terpilih seluruh Malaysia di bawah naungan Maxis. eKelas merupakan satu bentuk pembelajaran digital yang dijalankan Maxis untuk memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah Tahun 6 – sehingga Tingkatan 5 yang menawarkan kelas tambahan atas talian secara percuma untuk subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Pada sesi Live Tutorial kali ini, kelas diadakan untuk subjek Matematik bagi tahap UPSR. Cikgu Syah selaku tenaga pengajar untuk subjek Matematik membincangkan topik pecahan. Ramai di antara pelajar yang menyertai eKelas pada kali ini mengakui bahawa terdapat kesukaran bagi mereka untuk menguasai topik pecahan. Dengan kaedah dan gaya pengajaran Cikgu Syah yang santai, para pelajar yang menyertai kelas ini dapat memahami kaedah untuk menyelesaikan permasalahan dalam topik pecahan. Diharapkan para pelajar dapat meningkatkan kefahaman dalam subjek Matematik dan dapat menyertai sesi kelas seterusnya.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah :
- Memberikan kelebihan kepada pelajar-pelajar di sekitar komuniti “miskin bandar” untuk mendapatkan pendidikan berkualiti secara percuma
- Membantu pelajar-pelajar memaksimumkan penggunaan ICT dan teknologi dalam pembelajaran
- Membantu para pelajar memperoleh markah aktiviti kokurikulum tambahan di sekolah kerana eKelas merupakan program yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: