Program Komuniti Sihat Pembina Negara KOSPEN SKMM dan Kementerian Kesihatan Malaysia
15 January 2020 | Aktiviti TerkiniProgram ini adalah sebuah program perintis daripada program KOSPEN sebelum ini iaitu sebuah inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mempromosi serta menggalakkan cara hidup sihat dalam kalangan semua lapisan masyarakat. Pihak KKM bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pusat Internet di seluruh negara telah melaksanakan inisiatif ini sejak tahun 2017 dengan penyertaan beberapa buah Pusat Internet seluruh negara dan diteruskan lagi sebanyak 26 Pusat internet untuk tahun 2020.
Program latihan ini diberikan oleh pegawai perubatan terlibat kepada pengurus atau penolong pengurus yang akan menjalankan modul KOSPEN di Pusat Internet masing-masing. Untuk Pusat Internet di Kuala Lumpur, buat masa ini, Pusat Internet PPR Kerinchi yang akan menjalankan modul KOSPEN kepada komuniti setempat. Antara kebaikan yang diperolehi dari kelas ini oleh peserta ialah:
- Memberi latihan dan asas modul KOSPEN KKM kepada pengurus ataupun penolong pengurus untuk disampaikan kepada komuniti setempat
- Meningkatkan taraf kesihatan melalui kaedah pencegahan dalam memupuk kesedaran tentang gaya hidup sihat kepada masyarakat
- Menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif serta kawalan penyakit tidak berjangkit
- Memberi latihan asas kepada staf Pusat Internet kepada asas mengambil tekanan darah, bacaan gula dalam darah, ketinggian serta berat badan melalui kaedah dan alatan yang betul
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: