dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
PPR Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong

17 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong merupakan satu kempen kesedaran yang telah dilancarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM melancarkan kempen ini dengan objektif utama bagi memerangi penyebaran berita palsu dan juga mempromosikan tingkahlaku positif dalam kalangan pengguna internet. Selain itu, kempen ini mendatangkan banyak kebaikan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya pengguna media sosial agar tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara bagi menyebarkan berita palsu dan mesej yang berunsur kebencian. Orang awam juga dapat menambah pengetahuan dan menjadi lebih peka mengenai mesej dari kempen kesedaran ini melalui poster-poster menarik yang dikongsikan oleh SKMM melalui media sosial.

Antara mesej utama yang ingin disampaikan kepada masyarakat melalui kempen ini ialah :

  • Pembohongan perlu dihentikan terutamanya di internet dan media sosial
  • Masyarakat perlu peka dan menyemak kesahihan berita di portal Sebenarnya.my
  • Pembohongan dapat memusnahkan kehidupan mereka yang terlibat
  • Membuat dan menyebarkan kandungan palsu merupakan perkara yang mendatangkan keburukan dan tidak boleh diterima

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.