Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong
21 November 2020 | Aktiviti TerkiniSetiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bersuara, Tetapi, harus diingatkan bahawa hak kebebasan untuk bersuara haruslah digunakan dengan betul. Jangan jadikan hak untuk bersuara sebagai tiket untuk menyebarkan berita palsu dan mencetuskan provokasi dalam kalangan pengguna internet. Bertindaklah dengan sewajarnya kerana kita tidak tahu kesan dari perbuatan tidak bertanggungjawab kita boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada orang lain.
Berikut merupakan antara langkah-langkah untuk menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab:
- Sentiasa menyampaikan berita benar dan hindari dari menyebarkan berita palsu
- Bijak menilai berita yang dikongsikan kerana terdapat banyak berita palsu yang berlegar di media sosial
- Kongsikan berita atau pandangan anda berdasarkan fakta dan tidak menokok tambah
- Elakkan dari menyebarkan perkara yang menyentuh sensitiviti dan berunsur kebencian
- Membuat pertimbangan sebelum menyebarkan sebarang berita dengan tidak terlalu mengikutkan perasaan
Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, anda dapat menggunakan hak kebebasan bersuara yang diberikan untuk perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: