Bengkel MIV Bersama Komuniti
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniBengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Komuniti anjuran Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah diadakan pada 5 September 2020 bermula dari 10:00 pagi sehingga 12:30 tengahari bertempat di Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil. Bengkel yang dijalankan secara atas talian pada tahun ini melibatkan lebih kurang 3000 orang sukarelawan dengan objektif utama menyampaikan mesej dan berita sebenar kepada masyarakat .
Antara topik yang dikupas dan dikongsikan dalam bengkel pada hari tersebut adalah modul Klik Dengan Bijak (KDB). Modul ini merangkumi hak dan tanggungjawab warga digital, maklumat palsu, kawalselia kendiri, penggunaan portal sebenarnya.my dan kempen kebesan bersuara bukan kebebasan berbohong. Bengkel MIV pada kali ini dikendalikan oleh En. Md. Tahir Musa dan dibantu oleh Pn. Nur Amanina Che Azemi bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai tugas dan tanggungjawab sukarelawan MIV sepanjang tempoh kempen dilangsungkan.
Pada kali ini, Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil berbesar hati menerima penyertaan dua orang sukarelawan dari komuniti penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah:
- Pendedahan kepada sukarelawan mengeani kepentingan menyampaikan mesej dan berita yang tepat melalui media sosial
- Sukarelawan dapat menggunakan aplikasi digital lain seperti Sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan sumber berita dan kandungan yang disampaikan
- Memberi peluang kepada sukarelawan untuk menyampaikan mesej dan informasi kepada komuniti masing-masing dengan bahan sebaran yang dibekalkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: