Kelas Asas Usahawan : Cara Menggunakan EzBiz SSM
4 September 2020 | Aktiviti TerkiniHari ini Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil didatangi oleh penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil yang ingin mempelajari cara menggunakan EzBiz, iaitu laman web pendaftaran dan pembaharuan perniagaan atas talian oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Puan Noratila menggunakan EzBiz buat pertama kali untuk memperbaharui perniagaannya. Beliau diberikan panduan tentang tatacara penggunaan EzBiz bermula dari memasukkan katanama dan laluan sehingga mencetak sijil perniagaan dan maklumat perniagaannya. Dengan menggunakan EzBiz, Puan Noratila didedahkan dengan penggunaan laman web ini bagi memudahkannya untuk menyelesaikan urusan berkaitan perniagaan pada masa akan datang. Staf PI juga memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagi memastikan Puan Noratila dapat menggunakan laman web EzBiz dengan lebih mudah dan cepat
Antara kebaikan aktiviti ini ialah:
- Peserta didedahkan kepada cara menggunakan laman web EzBiz (Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM) bagi mendaftarkan/memperbaharui perniagaan
- Peserta dapat mencetak dan menyimpan informasi perniagaan beserta sijil perniagaan dengan lebih mudah seperti di dalam telefon bimbit dan komputer
- Peserta lebih terdedah dengan penggunaan teknologi digital dalam menyelesaikan urusan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: