dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
PPR Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Tutorial Tesco Online (via Streamyard)

24 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Berikutan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dilaksanakan di Kuala Lumpur. Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil semakin giat menjalankan latihan ICT dan juga aktiviti secara atas talian. Pada 23 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil telah mengadakan satu kelas tutorial menerusi Streamyard bagi berkongsi cara bagaimana untuk menggunakan Tesco Online, iaitu sebuah platform pembelian barangan yang terdapat di pasaraya Tesco secara atas talian. Sesi tutorial kali ini telah disertai oleh beberapa orang peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Para peserta diajar asas-asas dalam menggunakan aplikasi Tesco Online seperti cara membuat akaun, memilih kategori barangan, mengubah kuantiti timbangan serta mengesahkan pembelian untuk penghantaran ke rumah.

Antara kebaikan aktiviti ini ialah :

  • Penggunaan Tesco Online dapat memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan secara atas talian
  • Peserta dapat mengasah kemahiran ICT terutamanya dalam mengendalikan platform e-dagang seperti Tesco Online
  • Pembelian secara atas talian secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kerana pengguna tidak perlu bersesak untuk membeli barang keperluan di pasaraya

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.