Kelas Asas Microsoft Excel
20 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2020 (Sabtu), Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil telah mengadakan kelas bagi mempelajari asas penggunaan Microsoft Excel .Seramai 5 orang peserta terlibat semasa kelas ini diadakan. Kelas ini diadakan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 petang. Pada sesi pembelajaran ini, peserta diberikan pengenalan dan cara melancarkan perisian Microsoft Excel. Peserta juga didedahkan dengan perkara asas yang perlu diketahui ketika mengendalikan excel seperti lajur, baris, sel , jadual, carta dan graf. Peserta diberikan latihan intensif dalam pembelajaran Microsoft Excel seperti membina jadual ringkas, membuat carta bar (bar chart) serta carta pai (pie chart). Pada akhir pembelajaran, peserta diminta membuat sebuah jadual waktu berdasarkan jadual Pembelajaran dan Pengajaran (PnP) masing-masing.
Tujuan aktiviti :
Peserta dapat memahami asas penggunaan Microsoft Excel secara terperinci
Peserta berpeluang mengendalikan Microsoft Excel dan memahami setiap fungsi yang terdapat padanya
Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Excel bagi tujuan pembelajaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: