Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
17 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang giat melancarkan sebuah kempen kesedaran iaitu Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong bagi dengan menerapkan objektif utama bagi memerangi penyebaran berita palsu dan juga mempromosikan tingkahlaku positif dalam kalangan pengguna internet. Kempen ini juga merupakan salah satu inisiatif SKMM bagi mendidik masyarakat supaya menggunakan laman portal Sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita. Selain itu, kempen ini mendatangkan banyak kebaikan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya pengguna media sosial agar tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara bagi menyebarkan berita palsu dan mesej yang berunsur kebencian. Orang awam juga dapat menambah pengetahuan dan menjadi lebih peka mengenai mesej dari kempen kesedaran ini melalui poster-poster menarik yang dikongsikan oleh SKMM melalui media sosial. Menerusi kempen ini juga, SKMM dapat berkongsi kepada masyarakat mengenai langkah-langkah bagi membendung penyebaran berita palsu daripada menjadi semakin berleluasa.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung penyebaran berita palsu :
- Sahkan berita dengan bertanya kepada orang yang layak/ pihak berkuasa
- Siasat latar belakang penulis atau penyebar maklumat tersebut
- Pastikan sumber maklumat dari pihak yang benar
- Semak sesuatu berita yang ingin dikongsi di laman portal Sebenarnya.my
- Sentiasa periksa kesahihan maklumat lebih dari sekali
- Tidak berkongsi berita yang diragui dan tidak pasti
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: