eKelas by Maxis ; Kelas Minggu 16 (English)
5 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniProgram eKelas ini merupakan salah satu “Tanggungjawab Sosial Koperat (CSR) oleh pihak Maxis. Pihak Maxis memilih untuk melaksanakan tanggungjawab social koperat mereka kepada komuniti melalui pusat-pusat internet terpilih seluruh Malaysia di bawah naungan Maxis. EKelas merupakan satu bentuk pembelajaran digital yang dijalankan Maxis untuk memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah Tahun 6 – sehingga Tingkatan 5 yang menawarkan kelas tambahan secara online percuma untuk subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Antara kebaikan aktivti ini ialah:
- Memberikan kelebihan kepada pelajar-pelajar di sekitar komuniti “miskin bandar” untuk mendapatkan pendidikan berkualiti secara percuma
- Membantu pelajar-pelajar memaksimumkan penggunaan ICT dan teknologi dalam pembelajaran mereka
- Membantu pelajar-pelajar memperoleh gred yang baik untuk markah aktiviti kokurikulum di sekolah kerana ekelas merupakan program yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kelas diadakan pada setiap hari Jumaat (3.00 PM- 6.00 PM) dan Sabtu (10.00 AM-6.00 PM) di Pusat Internet setiap minggu melibatkan pelajar – pelajar Tahub 6 sehingga Tingkatan 5. Mengikut rekod Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil, seramai kira-kira 20 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: