Kelas Asas Email - Cara - Cara Membuat Email Menggunakan Gmail
6 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPuan Siti Abd Aziz meminta staff PI untuk mengajarnya membuat akaun email, memudahkannya menerima tempahan jahitan melalui emel. Kelas individu ini akan mendedahkan penggunaan akaun Gmail.
Puan Siti telah menjalani kelas asas membuat email menggunakan Gmail bersama staf PI. Puan Siti merupakan penduduk PPR pInggiran Bukit Jalil yang mempunyai perniagaan menjahit. Puan Siti ingin mempunyai akaun Gmail kerana memudahkannya meneripa tempahan melalui emel dari pelanggangnya. Beliau telah diberi latihan asas seperi mencipta akaun gmail, termasuk bagaimana membuat kata kunci yang kukuh dan selamat dan bagaimana untuk menghantar keluar email serta bagaima mengemaskini akaun email dengan lebih tersusun.
Antara kebaikannya ialah memudahkan Puan Siti menerima tempahan melalaui emel, menyelaraskan akaun emel pada telefon mudah alih dan membuat akaun yang boleh diselarikan dengan akaunn-akaun social media.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: