Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Surau Al-Mustaqim Fasa II PPR Pinggiran Bukit Jalil
5 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan dan dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mustaqim serta qariah yang lain khusus bagi meraikan bulan Syawal ini. Kesemua penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil digalakkan untuk menyertai sambutan ini kerana ianya berkonsepkan “potluck”
Antara kebaikan aktivti ini ialah:
- Meraikan bulan Syawal
- Mengeratkan silaturrahim sesame penduduk yang mungkin tidak berpeluang berinteraksi atau berkenalan dgn penduduk lain
- Memupuk semangat perpaduan dengan penyertaan daripada mereka yang bukan beragama Islam
- Mengimarahkan semangat gotong-royong dan berkongsi kerana juada yang dihidangkan adalah berkonsepkan “potluck”
- Menggalakkan penduduk untuk menyertai banyak lagi aktiviti kemasyarakatan
Staf PI turut terlibat dalam sambutan ini sebagai salah satu cara membina hubungan baik dengan komuniti di samping melaksanakan kempen Advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: