Program Advokasi SMK Segambut, Kuala Lumpur
7 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan di SMK Segambut sempena Minggu Karnival yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah tersebut. Objektif program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada pelajar tersebut.
Antara kebaikan aktivti ini ialah:
- Memberikan pengetahuan mengenai Kempen kesedaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) iaitu Klik Dengan Bijak (KDB), E-Waste, Check Your Label, dan Sebenarnya.my kepada lebih kurang 300 orang warga Sekolah Menengah Segambut
- Memperkenalkan Pusat Internet
Program yang ingin dijalankan ini adalah bersesuaian dengan pelbagai lapisan umur. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar IPT untuk berkunjung ke Pusat Internet dan menggunakan Pusat Internet sebagai salah satu tempat untuk mereka mendapatkan sumber rujukan. Selain itu, memberikan pengetahuan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Advokasi, E-Waste, Check Your Label, dan Sebenarnya.my kepada pelajar-pelajar serta guru-guru di SMK Segambut. Program Advokasi & Internet Be Awsome Bersama Pelajar SMK Segambut yang berlansung di SMK Segambut, selama 6 jam bermula dari 8.30 pagi ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dan guru-guru dari SMK Segambut dan kelas tamat pada pukul 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: