Program Advokasi sempena Minggu ICT SMA Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
17 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet Wilayah Tengah (Selangor) bersama warga Sekolah Menengah Agama Paya Jaras. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kempen-kempen kesedaran di bawah MCMC dan pengenalan Pusat Internet serta fungsinya kepada warga Sekolah Menengah Agama Paya Jaras. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan tambahan mengenai keselamatan menggunakan internet.
Antara kebaikan aktivti ini ialah:
- Memberikan pengetahuan mengenai Kempen kesedaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) iaitu Klik Dengan Bijak (KDB), E-Waste, Check Your Label, dan Sebenarnya.my kepada 200 orang warga sekolah Menengah Agama Paya Jaras.Penerangan
- Memperkenalkan Pusat Internet kepada 200 orang warga sekolah Menengah Agama Paya Jaras serta menerangkan fungsi Pusat Internet.
- Mendedahkan kepada 40 orang warga sekolah Menengah Agama Paya Jaras. Perisian ICT iaitu Prezi ataupun Canva
Butiran penerima kelas asas membuat resume ringkas ini ialah
- Booth PameranAdvokasi – 800 orang pelajar dan guru. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan semasa mengunjungi booth pameranadvokasi pada satu satu masa
- Taklimat Advokasi – Melibatkan pelajar tingkatan 1 seramai 190 pelajar.
- Kelas Ict (Prezi ataupun Canvas) – Melibatkan 40 orang pelajar.
Program yang ingin dijalankan ini adalah bersesuaian dengan pelbagai lapisan umur. Program ini melibatkan 9 buah Pusat Internet Wilayah Tengah. Peserta yang disasarkan oleh Pusat Internet adalah seperti pelajar dan guru Sekolah Menengah Agama Paya Jaras Sungai Buloh iaitu lebih kurang 800 orang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: