Majlis Sambutan Aidilfitri PPR Pinggiran Bukit Jalil 2019
16 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh masyarakat Islam dan Melayu serta bertujuan untuk memupuk semangan perpaduan dan kemasyarakatan di kalangan penduduk.
Antara kebaikan aktivti ini ialah:
- Mengeratkan silaturrahim antara penduduk
- Memupuk nilai-nilai murni sesama masyarakat berlainan agama dan bangsa
- Meraikan sambutan atau acara wajib yang disambut setiap tahun oleh orang Islam/Melayu
Program ini diadakan bersempena meraikan sambutan Aidilfitri peringkat PPR Pinggiran Bukit Jalil. Ianya diadakan selepas tamat bulan Syawal dan kerana itu program sambutan ini dinamakan terlajak raya. Pelbagai juadah dan hidangan disediakan oleh pihak Persatuan Penduduk dan komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengadakan konsep potluck untuk menambah hidangan dan juadah sedia ada. Staf Pusat Internet turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini dalam usaha memupuk hubungan baik sesama komuniti di sini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: