Program Ibadah Qurban Peringkat PPR Pinggiran Bukit Jalil
12 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan bagi meraikan serta merayakan sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut setiap tahun oleh semua umat Islam. Perayaan ini menuntut umat Islam menjalankan ibadah Qurban di semua kariah tempat tinggal masing-masing.
Antara kebaikan aktivti ini ialah:
- Memberikan kita tentang menghayati erti pengorbanan sebenar dan memberikan keinsafan mengapa kita harus menghayati ibadah ini.
- Mengeratkan silaturrahim antara penduduk serta Qariah Surau Al Jannah bersama Persatuan Penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil
- Menyemai sifat tanggungjawab dan berkerjasama sesama penduduk dalam melaksakan ibadah Qurban secara bergotong royong.
- Menghayati erti kesusahan melalui pemberian daging Qurban yang diagihkan kepada penduduk yang kurang berkemampuan
Pihak Surau PPR Pinggiran Bukit Jalil menjalankan ibadah Qurban sebanyak 1 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Aktiviti penyembelihan dilakukan oleh penduduk yang mahir manakala dan setelah aktiviti penyembelihan dijalankan, acara bergotong royong melapah dan membersihkan binatang Qurban dijalankan untuk diagihkan kepada penduduk sekitar. Acara memasak daging Qurban turut dijalankan bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama insan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: