Program Modul Kesihatan, Kualiti dan Keperluan Hidup di Kalangan Wanita B40 di Malaysia oleh Pegawai Perubatan Kesihatan Awam Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Cheras, Kuala Lumpur dan AJK Wanita Persatuan Penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil
24 December 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan bertujuan untuk memberi manfaat serta meningkatkan kualiti kesihatan di kalangan wanita B40 di Malaysia melului modul kesihatan awam yang disediakan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan Awam daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara kebaikan aktivti ini ialah,
- Mengenalpasti taraf dan kualiti kesihatan wanita kategori B40 di Malaysia melalui kajian penyelidikan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan Awam daripada HUKM
- Memberi kesedaran kepada golongan yang dikenalpasti untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap kaedah pencegahan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung
- Menggalakkan cara hidup sihat di kalangan wanita B40 yang berpendapatan rendah/sederhana
Modul yang disampaikan oleh Pegawai Prubatan Kesihatan Awam HUKM, Dr Shafawati Mohd Ilham daripada HUKM ini disertai oleh 6 orang wanita dari kalangan AJK Persatuan Penduduk termasuk Pengurus Pusat Internet sendiri. Seramai 6 orang AJK Wanita Persatuan Penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: