Program Hari Kesihatan PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 (Booth Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil
25 November 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini merupakan program kesihatan yang dinaungi oleh Pejabat Ahli Parlimen Seputeh. Program merupakan inisiatif Pejabat Ahli Parlimen Seputeh bersama Persatuan Penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 serta DBKL PPR Pinggiran Bukit Jalil dan beberapa agensi kerajaan lain terutama agensi kesihatan seperti Klinik Kesihatan Sungai Besi, Pejabat Kesihatan Sungai Besi serta klinik pergigian terlibat.
- Menglibatkan diri dengan aktiviti komuniti sekitar
- Mempromosi dan memberikan pendedahan kepada komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 mengenai Pusat Internet serta perkhidmatan yang ditawarkan (PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 merupakan kawasan baru yang dihuni oleh komuniti yang baru menduduki kawasan ini)
- Menambahkan keahlian baru Pusat Internet
- Mempromosi kempen kesedaran/advokasi MCMC seperti Klik dengan Bijak, Mobile e-Waste, Check Your Label serta Portal Sebenarnya.my
- Membina hubungan baik melalui penglibatan Pusat Internet dengan program komuniti terutama Persatuan Penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 yang merupakan persatuan baru
Pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan seperti kempen derma darah, pemeriksaan gigi, pemeriksaan kesihatan dan yang paling menarik adalah acara sunathon yang pertama kali diadakan iaitu acara bersunat beramai-ramai. Pihak Pusat Internet turut mengambil inisiatif mendekatkan diri dengan komuniti melalui pembukaan booth di dalam program ini serta menerangkan perkhidmatan yang disediakan dan menjalankan kempen advokasi MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: