Misi Digital Portal eKelas : Raya bersama eKelas : Misi 2 & 3
19 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniTugasan Misi ke-2 ini untuk kategori Pusat Internet. Maknanya semua pelajar dalam setiap Pusat internet akan bekerjasama dalam satu kumpulan besar untuk tugasan kedua ini. Iaiatu menghiaskan pusat Internet dengan rekaan yang dilukis, reka atau bina. Tangkap gambar hiasan rekaan dan muat naik ke dalam Kumpulan ‘Raya Bersama eKelas’ Portal ekelas. Markah akan diberi berdasarkan rekaanyang original dan kreatif.
Antara kebaikan aktivti ini ialah:
- Memupuk semangat silaturrahim
- Memupuk semangat kerjasama
- Membuat tugasan dengan lebih baik
Manakala misi ke-3 pula,tugasan individu menceritakan pengalaman Hari raya, Gawai, Deepavali, Tahun Baru Cina, Krismas, dan lain-lain yang mana pelajar dikehendaki menulis cerita dengan minimum 100 perkataan, boleh tulis di Blog dalam Bahasa Melayu atau Bahsa Inggeris dan memuati bersama lampiran (gambar). Markah akan diberikan untuk Bahasa yang digunakan, tatabahasa dan struktur cerita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: