Program “Internet, Use it Right!” bersama pelajar dan Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam, Selangor – SIRI 3 (Hari Pertama)
4 September 2019 | Aktiviti TerkiniTujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet Wilayah Tengah (Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor) bersama Warga UiTM Shah Alam. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kempen-kempen kesedaran di bawah MCMC dan pengenalan Pusat Internet serta fungsinya kepada Warga UiTM Shah Alam. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan tambahan mengenai keselamatan menggunakan internet. Program yang ingin dijalankan ini adalah bersesuaian dengan pelbagai lapisan umur. Peserta yang disasarkan oleh Pusat Internet adalah seperti pelajar, staff UiTM Shah Alam dan keluarga terdekat.
Antara kebaikan aktivti ini ialah:
- Peserta dapat mengenali dan mengetahui tentang fungsi dan kewujudan Pusat Internet di seluruh Malaysia
- Peserta diberi taklimat ringkas mengenai program advokasi MCMC seperti KDB, Mobile e-Waste, Check Your Label dan Portal Sebenarnya.my.
- Peserta diberi latihan asas membuat video bedasarkan tema “Tidak Pasti Jangan Kongsi”
Program ini diadakan dengan usahasama pihak Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam dalam usaha memperkenalkan fungsi Pusat Internet, mempromosi latihan dan program advokasi MCMC kepada pelajar- pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum di UiTM Shah Alam. Program ini membolehkan peserta yang menyertai mendapat manfaat seperti berikut :
- Peserta dapat mengenali dan mengetahui tentang fungsi dan kewujudan Pusat Internet di seluruh Malaysia
- Peserta diberi taklimat ringkas mengenai program advokasi MCMC seperti KDB, Mobile e-Waste, Check Your Label dan Portal Sebenarnya.my.
- Peserta diberi kesedaran tentang penggunaan ICT dan Internet secara berhemah melalui kuiz online KDB dan mainan puzzle E-waste.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: