Program Maxis Deepavali Outreach Program
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan sebagai memenuhi tanggungjawab social korporat (CSR) oleh pihak Maxis dan Maxis memilih bersempena dengan perayaan Deepavali yang bakal tiba pada 27 November 2019. Program ini dijayakan oleh pihak Perhubungan Korporat Maxis (CA Team). Program ini bertujuan untuk memberi sumbangan keperluan asas kepada masyarakat India PPR Pinggiran Intan Baiduri yang dipilih bedasarkan pendapatan isi rumah serta kekangan lain. Terdapat juga peserta yang dipilih untuk mengikuti bengkel usahawan digital yang dikendalikan oleh Pusat Internet PPR Intan Baiduri bersama Maxis.
Antara Kebaikan yang diperolehi:
- Menanamkan sifat berkongsi serta kesedaran terhadap kesusahan orang lain
- Menghormati dan memahami budaya serta fahaman kaum serta agama lain
- Memberi kesronokan kepada golongan kurang berkemampuan meraikan perayaan mereka dengan rasa syukur dan gembira
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: