eKelas by Maxis ; Kelas Minggu Akhir (Math, & Science)
17 November 2019 | Aktiviti TerkiniProgram eKelas ini merupakan salah satu “Tanggungjawab Sosial Koperat (CSR) oleh pihak Maxis. Pihak Maxis memilih untuk melaksanakan tanggungjawab social koperat mereka kepada komuniti melalui pusat-pusat internet terpilih seluruh Malaysia di bawah naungan Maxis. EKelas merupakan satu bentuk pembelajaran digital yang dijalankan Maxis untuk memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah Tahun 6 – sehingga Tingkatan 5 yang menawarkan kelas tambahan secara online percuma untuk subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Antara kebaikan aktivti ini ialah,
- Memberikan kelebihan kepada pelajar-pelajar di sekitar komuniti “miskin bandar” untuk mendapatkan pendidikan berkualiti secara percuma
- Membantu pelajar-pelajar memaksimumkan penggunaan ICT dan teknologi dalam pembelajaran mereka
- Membantu pelajar-pelajar memperoleh gred yang baik untuk markah aktiviti kokurikulum di sekolah kerana ekelas merupakan program yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
Program eKelas ini merupakan salah satu “Tanggungjawab Sosial Koperat (CSR) oleh pihak Maxis. Pihak Maxis memilih untuk melaksanakan tanggungjawab social koperat mereka kepada komuniti melalui pusat-pusat internet terpilih seluruh Malaysia di bawah naungan Maxis. EKelas merupakan satu bentuk pembelajaran digital yang dijalankan Maxis untuk memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah Tahun 6 – sehingga Tingkatan 5 yang menawarkan kelas tambahan secara online percuma untuk subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Kelas diadakan pada setiap hari Jumaat (3.00 PM- 6.00 PM) dan Sabtu (10.00 AM-6.00 PM) di Pusat Internet setiap minggu melibatkan pelajar – pelajar Tahub 6 sehingga Tingkatan 5. Mengikut rekod Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil, seramai kira-kira 20 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: