Kursus Keusahawanan Bereprestasi Tinggi ISME UMK dan Nera Infocom (M) bersama Pengurus Pusat Internet Wilayah Tengah dan Selatan - Sesi 4 2018 (Modul Model Kanvas Perniagaan & Sokongan Bisnes)
22 September 2018 | Aktiviti TerkiniProgram ini merupakan program latihan bersiri kerjasama di antara pihak ISME Universiti Malaysia Kelantan & Nera Infocom yang memberi latihan serta modul keusahawanan kepada staf Pusat Internet di bawah Nera di wilayah Tengah dan Selatan. Bagi siri ke-4 ini, modul yang dismpaikan adalah modul model perniagaan kanvas dan sokongan bisnes yang memberi pendedahan tentang bagaimana mengaplikasi kan model perniagaan kanvas dalam memulakan perniagaan dan bagaimana untuk mendapatkan sokongan perniagaan. Kursus Latihan Keusahawanan Berepreatasi Tinggi Institut Sederhana dan Kecik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Nera Infocom (M) bersama Pengurus Pusat Internet Kuala Lumpur dan Selangor telah diadakan seperti ketetapan di atas. Seramai 11 orang pengurus Pusat Internet daripada sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah menjalani latihan bagi sesi ke-4 2018 dan sesi kali ini modul yang disampaikan adalah modul model perniagaan kanvas dan sokongan bisnes yang memberi pendedahan tentang bagaimana mengaplikasi kan model perniagaan kanvas dalam memulakan perniagaan dan bagaimana untuk mendapatkan sokongan perniagaan. Antara kebaikan diperolehi,
- Memberi peserta pendedahan tentang penggunaan model bisnes kanvas untuk memulakan perniagaan
- Memberi pendedahan bagaimana untuk menggunakan model ini dalam menentukan hala tuju bisnes/perniagaan.
- Memberi peserta peluang bagaimana untuk mencari peluang untuk memulakan perniagaan walau dengan modal yang kecil.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: